Adohai...
Selama tiga minggu sorang muridku baru kenal huruf 'o'dan'a' je... Walabagaimana pun aku tak lak frust sangat. Ini kerana abangnya pada tahun lepas baru kenal semua huruf menjelang naik semestar 2.. Kiranya adik dia ok sikit la dari abangnya. Aku redha walaupun pada hakikatnya agak sedikit frusttt..' sabar itu separuh dari iman' itulah kata-kata yang selama aku pegang sepanjang mengajar murid-muridku. Setiap doaku pasti tidakku lupa untuk murid-muridku yang tersayang. Murid Mawarku umpama sebahagian dari hidupku. Apa terjadi pada mereka di sekolah adalah tanggjawabku. Kalau tak sihat pun aku akan telefon ibu bapanya. Risau aku lebih-lebih lagi kalau ada sesuatu wabak @ musim sakit bagi kanak-kanak. Mana tau murid aku terlibat. Macam mana kasihnya aku terhadap anak-anakku begitulah kasihnya aku terhadap murid Mawarku. Namun apa la dayaku jika mereka berada di rumah. Kesihan aku kerana ibu bapa mereka tidak ambil bahagian untuk membimbing mereka di rumah. Kalau ditanya 'ayah tak beli gam' 'ayah x beli gunting' macam-macam alasan yang ku fikir tidak logik. Bagaimana mungkin anak-anak mereka nak menggunting, menampal dan sebagainya di rumah kalau semua itu tiada di rumah. Pagi-pagi selepas sarapan mereka akan duduk di satu tempat menyiapkan tugasan ku. Beria-ia mereka menyiapkan dengan menggunakan barang dan alatan di kelas. Alhamdulillah siap walaupun tidak sesempurna murid-murid yang mendapat perhatian di rumah bersama ibu bapa mereka. Sedarlah wahai ibu bapa anak adalah satu amanah Allah yang perlu dijaga dan diberikan kasih sayang sepenuhnya.
Mudah-mudahan anak-anak dan anak Mawarku akan diberkati Allah selalu....
No comments:
Post a Comment