Monday, 2 January 2012

MESYUARAT PUNYA CERITA 2012

Hari ni pagi-pagi dah on lad top sebab nak print senarai nama murid pra 2011 yang layak ke tahun 1 sesi 2012. Sambil-sambil tu sempat buat jejemput pisang kegemaran cik abang. Punya la tak nak lambat siap print jejemput pun siap. Sempat capai 2 biji terus panaskan ejen & bersiap-siap nak ke sekolah. Sebelum pergi sempat bagitau cik abagn sarapan dah siap.  Dengan anak lak pesan masak nasi & keluarkan lauk dalam peti sejuk. Mana tau lambat.

Sampai di sekolah masih awal mesyuarat Tahun 6 belum bermula bermakna mesyuarat HEM dan KoKu lambat lagi. Sementara tunggu mesyuarat siapkan Plan Strategik Pra 2012. Sambil tu berbincang dengan kawan untuk pendaftaran prasekolah. Hampir pukul 11.00 pagi mesyuarat guru-guru tahun 6 masih tak tamat. Dalam hati bila lak nak mula mesyuarat HEM n KoKu dan bila lak akan habis mesyuarat tu nanti. Dalam hati kata mesti lambat habis. Tak lama tu guru-guru tahun6 turun. Lega rasanya. Tapi katanya mesyuarat Hem dan koKu akan bermula jam 11.45 pagi. aduhai perut sudah berbunyi. Maklum la cuma sempat makan dua biji jejemput tadi. Kawan-kawan ajak makan di kantin. Alhamdulillah ada rezeki. Penguasaha kantin sponser makan. Perut kenyang duit jimat. Mudahan dimurahkan rezeki kepada pengusaha kantin yang memang baik dengan aku. Jam menunjukkan 11.45 tapi aku masih di pejabat ada kerje yang perlu dibereskan. Masuk dah lambat tapi mesyuarat tak mula lagi.. Alahai dalam hati kata bila la nak habis..

Betu la memang dasyat mesyuarat jadi panjang berjela disebabkan soalan pendek tapi jawapan berjela-jela. Sudahnya sampai rumah pukul 3.00. Sian anak kelaparan tunggu mama nya nak makan bersama. Mama masih kenyang makan nasi lemak anak-anak berebut-rebut makan dengan adik-adiknya. Terus solat Zohor yang dah lama masuk waktunya. Dalam hati terfikir tahun baru tapi solat pun hujung waktu apa akan jadi dengan keberkatan dan keredhaan dari Yang Maha Esa. Terus tunggu waktu Asar yang akan masuk tidak lama lagi..Alhamdulillah dapat berjemaah dengan cik abang..Mudahan tahun ini akan mendapat keberkatan dariNYA.. amin....

No comments:

Post a Comment