Thursday, 26 January 2012
HOMESTAY MY MEGA @ SKUDAI
Hari ni ke Skudai hantar barang-barang My Mega Homestay. Alhamdulillah gembira tengok progres bilik-bilik. Dapat berkenalan dengan abang Man orang yang handle my homestay. Nampak gaya orangnya jujur dan boleh dipercayai. Terserempak jugak dengan arkitek yang buat my homestay. Komenya pembinaan my homestay mengikut spack yang dirancang dan mengikut plan yang dirancang. Insyallah kalau tidak ada aral akan mula beroperasi awal bulan Mac nanti. Teruja sangat nak tengok my homestay tu beroperasi sepenuhnya. Mudahan bisnes baru bersama along ini berjalan lancar dan bertambah rezekinya dan mendapat keberkatan dari yang Maha Esa.
Wednesday, 25 January 2012
MURIDKU SAYANG
Adohai...
Selama tiga minggu sorang muridku baru kenal huruf 'o'dan'a' je... Walabagaimana pun aku tak lak frust sangat. Ini kerana abangnya pada tahun lepas baru kenal semua huruf menjelang naik semestar 2.. Kiranya adik dia ok sikit la dari abangnya. Aku redha walaupun pada hakikatnya agak sedikit frusttt..' sabar itu separuh dari iman' itulah kata-kata yang selama aku pegang sepanjang mengajar murid-muridku. Setiap doaku pasti tidakku lupa untuk murid-muridku yang tersayang. Murid Mawarku umpama sebahagian dari hidupku. Apa terjadi pada mereka di sekolah adalah tanggjawabku. Kalau tak sihat pun aku akan telefon ibu bapanya. Risau aku lebih-lebih lagi kalau ada sesuatu wabak @ musim sakit bagi kanak-kanak. Mana tau murid aku terlibat. Macam mana kasihnya aku terhadap anak-anakku begitulah kasihnya aku terhadap murid Mawarku. Namun apa la dayaku jika mereka berada di rumah. Kesihan aku kerana ibu bapa mereka tidak ambil bahagian untuk membimbing mereka di rumah. Kalau ditanya 'ayah tak beli gam' 'ayah x beli gunting' macam-macam alasan yang ku fikir tidak logik. Bagaimana mungkin anak-anak mereka nak menggunting, menampal dan sebagainya di rumah kalau semua itu tiada di rumah. Pagi-pagi selepas sarapan mereka akan duduk di satu tempat menyiapkan tugasan ku. Beria-ia mereka menyiapkan dengan menggunakan barang dan alatan di kelas. Alhamdulillah siap walaupun tidak sesempurna murid-murid yang mendapat perhatian di rumah bersama ibu bapa mereka. Sedarlah wahai ibu bapa anak adalah satu amanah Allah yang perlu dijaga dan diberikan kasih sayang sepenuhnya.
Mudah-mudahan anak-anak dan anak Mawarku akan diberkati Allah selalu....

Tuesday, 17 January 2012
SAHABAT BAIK
Persahabatan yang sejati akan membawa keindahan yang abadi. Sesungguhnya persahabatan itu lebih unggul daripada percintaan. Tanpa persahabatan percintaan akan berakhir... Tetapi tanpa percintaan persahabatan boleh kekal. Oleh itu hargailah persahabatan yang terjalin...
Monday, 2 January 2012
MESYUARAT PUNYA CERITA 2012
Hari ni pagi-pagi dah on lad top sebab nak print senarai nama murid pra 2011 yang layak ke tahun 1 sesi 2012. Sambil-sambil tu sempat buat jejemput pisang kegemaran cik abang. Punya la tak nak lambat siap print jejemput pun siap. Sempat capai 2 biji terus panaskan ejen & bersiap-siap nak ke sekolah. Sebelum pergi sempat bagitau cik abagn sarapan dah siap. Dengan anak lak pesan masak nasi & keluarkan lauk dalam peti sejuk. Mana tau lambat.
Sampai di sekolah masih awal mesyuarat Tahun 6 belum bermula bermakna mesyuarat HEM dan KoKu lambat lagi. Sementara tunggu mesyuarat siapkan Plan Strategik Pra 2012. Sambil tu berbincang dengan kawan untuk pendaftaran prasekolah. Hampir pukul 11.00 pagi mesyuarat guru-guru tahun 6 masih tak tamat. Dalam hati bila lak nak mula mesyuarat HEM n KoKu dan bila lak akan habis mesyuarat tu nanti. Dalam hati kata mesti lambat habis. Tak lama tu guru-guru tahun6 turun. Lega rasanya. Tapi katanya mesyuarat Hem dan koKu akan bermula jam 11.45 pagi. aduhai perut sudah berbunyi. Maklum la cuma sempat makan dua biji jejemput tadi. Kawan-kawan ajak makan di kantin. Alhamdulillah ada rezeki. Penguasaha kantin sponser makan. Perut kenyang duit jimat. Mudahan dimurahkan rezeki kepada pengusaha kantin yang memang baik dengan aku. Jam menunjukkan 11.45 tapi aku masih di pejabat ada kerje yang perlu dibereskan. Masuk dah lambat tapi mesyuarat tak mula lagi.. Alahai dalam hati kata bila la nak habis..
Betu la memang dasyat mesyuarat jadi panjang berjela disebabkan soalan pendek tapi jawapan berjela-jela. Sudahnya sampai rumah pukul 3.00. Sian anak kelaparan tunggu mama nya nak makan bersama. Mama masih kenyang makan nasi lemak anak-anak berebut-rebut makan dengan adik-adiknya. Terus solat Zohor yang dah lama masuk waktunya. Dalam hati terfikir tahun baru tapi solat pun hujung waktu apa akan jadi dengan keberkatan dan keredhaan dari Yang Maha Esa. Terus tunggu waktu Asar yang akan masuk tidak lama lagi..Alhamdulillah dapat berjemaah dengan cik abang..Mudahan tahun ini akan mendapat keberkatan dariNYA.. amin....

Sunday, 1 January 2012
LEMBARAN 2012...
My Cats..
Pagi nak solat subuh my cats dah gesel kakiku. mintak makan. Pagi2 rutin macam ni la. My cats mesti makan dulu dari tuanye. Tirai 2012 nampak nye kena aturkan jadual rutin my cats. Maklum la semuanye ke sekolah. Tengah hari baru balik. mesti lapar tunggu sampai tuanye balik..Tahun ni my cats dah jadi 5 ekor. Insyallah kalu ada rezki ada seekor nak jadi menantu kucing lak.. tunggu....
My Kids...
Pagi tadi anak pergi check. Belakang gatal2. macam nak kena kayap. Papa nya bawak ke klinik Lim. Teruk gak kena jangkitan virus dengan virus. Kena caj RM98. Harap2 sembuh..
My Hubby n Me...
Petang ni nak beli kasut cik abang dan saya. Barang keperluan anak-anak semuanye dah beres. Cuma kami berdua je belum beres.. Teruja gak nak pakai kasut baru...

Subscribe to:
Posts (Atom)