Friday, 30 December 2011

HaAri Jumaat Ku bersama sekolah 2011

Hari ini makan lauk semalam. Semalam pengusaha kantin bagi lauk tapi tak sempat nak makan. Simpan bekukan hari ni perangatkan. Sedap kambing masak asam pedas.  Anak lak masak nasi lembik. Sedap makan panas2.

Pagi tadi ke sekolah ada taklimat KSSR dari guru2 yang telah mengikuti krusus tersebut. Tidak sangka masuk je ke dalam bilik mesyuarat nama ku dipanggil. Semua terpukau n terpegun.. awu...hehe perasan sikit. Rupa2nya GPK 1 panggil suruh present KSSR prasekolah. Alamak!!!! Tensen!!! Aku datang lengang kangkung sebab nak dengar KSSR kekawan. Rupa2nya aku di antaranya. Nasib baik kwan pra aku Tsaha bawak kunci. Suruh dia ambil semua maklumat. Aku dengan selemba ke depan present. Tak sangka kawan berikan tepukan... Waw.. perasan lagi.... sebenarnya saje je nak usik aku...

Selesai KSSR aku ke pejabat untuk meneliti maklumat murid pra 2012. Suspen... ada mistake.. Tapi dah suruh PPM betulkan.. Harap2 semasa pendaftaran pra semuanya berjalan lancar.. Tiba2 berdebar nak berdepan dengan ibu bapa.. Doaku harap semua berjalan seperti yang dirancang...amin....

No comments:

Post a Comment