Alhamdulillah...
Hari ini hari yang ceria sepanjang hari...
Hari yang ditunggu dalam debaran sudah berakhir dengan penuh kesyukuran dalam suasana yang gembira.
Hati seorang ibu kini dibuai dengan rasa gembira yang tidak pernah dirasai..
Semua ini dikala anak ke 2ku Nurul Alia Syuhada bt Ruslan diumumkan sebagai pelajar cemerlang PMR di dewan SMK Tun Mamat Ledang Tangkak..
Saat itu hingga kini aku merasa gembira dan bersyukur kerana doa dan usaha selama ini membuahkan hasil..
sebagai anak Angah telah menjalankan kewajipan sebagai pelajar dengan baiknya.
Manakala aku sebagai ibu bapa pula juga secara jujurnya sentiasa berdoa dan berusaha untuk semua anak2ku agar bergaya di dunia akhirat dan sentiasa diberkati..
Mudahan semua anak ku akan mengikuti jejak langkah kejayaan CEMERLANG angah.. amin...
No comments:
Post a Comment