Hari : Selasa
Tarikh : 6 Mac 2012
Hari ini siap sambung kemas kini fail prasekolah. Semalam mesyuarat di PPD. Alhamdulillah semua maklumat yang dikehendaki ada. Fail sedang dikemaskini. Esok mula masukkan semua maklumat yang dikumpul ke dalam fail. Sentiasa bersedia dengan lawatan jemaah nazir @ Kementrian. Selalu didatangi oleh pelawat tapi masih risau gak sebab fail yang terkini baru nak siap. Kalau datang esok.. parah!!! Macam ni la jadi pengerusi Prasekolah. Sibuk-sibuk suruh orang buat kerje. Bukan kehendak tapi dah tuntutan kerja dan tanggungjawab. Kalau yang faham tak de masalah. Yang tidak faham dan buat-buat tidak faham tu yang susah. Namun sebabkan kerja ketegasan dalam hal ini terpaksa dibuat walaupun melibatkan kawan. Bukan apa untuk kebaikan semua kalau datang pemantau masing-masing selamat. Mudahan Allah sentiasa memudahkan segala perjalanan dan urusan seharian bersama prasekolah da juga famili.....
No comments:
Post a Comment