Sunday, 26 February 2012

BF YANG SUDAH BERKECAI...KINI BERTAUT KEMBALI.. ALHAMDULILLAH..



TIADA GUNA KAU BERPATAH ARANG
JIKA NIATMU MENYAMBUNG KASIH
APA LAH ERTINYA DI SEBALIK
TANGISAN @ RINTIHAN
  UNTUK APA KAU KEMBALI LAGI
  SEKADAR HANYA UNTUK MENYAKITI
  CUKUPLAH SUDAH DI SINI SAJA
  BIAR AKU PENDAM LUKA
HATI SEDIH...HATI PEDIH...
MENGENANGKAN KEINDAHAN BERSAMAMU
TIDAK KU SAMPAI
KE PUNCAK SANA
APALAH DAYA BERTAHAN CUMA
DIPINGGIRAN YANG MEMILUKAN..
JAUH DI SUDUT HATI
MENYIMPAN DENDAM
YANG AMAT MENDALAM
AKAN KU SAHUT NAMAMU OH SAYANG
SEWAKTU KU KESUNYIAN...

HARI INI HARI AHAD..

Hari ini janji dengan mak tersayang nak ke Jasin beli barang.  Keluar dengan hubby. Sampai di jalan pasar jalan jem.  Lari ikut jalan Balai Bomba Tangkak..
Aduhai.. jem gak... Le tour de langkawi rupanya... hampir 2 jam dok dalam kete.. cik abang keluar tengok kayuhan tu.. Aku malas.. Tak berminat..Alih2 ada couple dalam kete kelisa dok wat projek.. panas2 buta dok berpeluk2...nyampah.. dah le aku tengah hot dia lak wat tambah aku hot dengan adegan pnas...
Dengan hati yang hot aku ke Jasin..Makan KFC.. bru le terubat sebab lapar giler dari pagi tadi...

Saturday, 11 February 2012

MURIDKU PRA MAWAR

Hari ini macam rasa nak gelak, kesian pun ada kat anak muridku yang sorng ni. Tiba2 waktu Agama Islam dia menangis.  Sampai merah mata digosok2.. Bila tanya dia kata mata masuk habuk...Aku pun suruh dia ke tandas cuci mata. Selepas tu dia masih menangis... Setelah disiasat rupa2nya dia tak tau macam mana nak tulis huruf jawi..tak pasal2 mata dia jadi mangsa. Bila aku kata tulisanya cantik baru dia lega sikit. Ustazah baru 2hari naik cuti pun jadi panik. Dah tau masalahnya baru dia lega. Hai macam2 kerenah anak murid ni. Guru kena peka dan perihatin dengan kehendaknya...Mudah2an anak muridku semuanya berjaya..Doa yang sentiasa ku titipkan dalam setiap doaku sama seperti aku mendoakan anak2ku...aminnnn...

Monday, 6 February 2012

PERTANDINGAN MELUKIS DAN MEWARNA DI BBT PARK

Tahniah buat anak2 muridku kerana mengungguli pertandingan mewarna tempat pertama hingga ke 5. Begitu juga tahap 2 melukis & mewarna membolot kesemua hadiah kemenangan tempat pertama hingga ke 5. Satu kenangan manis di BBT Park sempena perasmian Taman Baru Tangkak yang telah dirasmikan oleh menteri besar Johor YB Abd Ghani Othman pada tanggal 4 Februari 2012 bersamaan hari Sabtu...
Mewarna prasekolah @BBT Park


bersedia untuk mewarna

tempat ke 5

tempat ke 3

naib johan

johan

Faiq ke 4 mewarna kategori 7 - 8 thn

Johan dan ke 3 Dania & Fatiha

Dania & Fatiha


Siti AisyahKe 5

Farisha Nur Fatin ke 5

Syifa Hanani ke 3

Alia Hanani naib johan

Nurul Adni Syahirah Ruslan Johan

Sebahagian kenagan bersama pemenang

Antara guru yang terlibat

Pn Rabihah & Masnorliza